PABLO Aimar menjadi bintang berkelas dunia yang pernah dibawa masuk Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim sepanjang bergelar pemilik Johor Darul Takzim (JDT).
Kehadiran Aimar yang tiba musim 2014 pernah mencetuskan fenomena peminat bola sepak tanah air selepas legenda skuad kebangsaan Argentina itu antara faktor JDT mulai dikenali di mata dunia.
Jodoh Aimar bagaimanapun tidak lama bersama skuad Harimau Selatan yang hanya bertahan selama empat bulan berikutan mengalami kesukaran untuk mengekalkan tahap kecergasan ketika itu.