PADA Jumaat, MPLMY mengumumkan salah seorang pemain dari Bountee Esports dilarang daripada menyertai mana-mana kejohanan rasmi Mobile Legend: Bang-Bang (MLBB).
Nik ‘Dominus’ Muhyyiddin digantung selama setahun berkuat kuasa serta-merta kerana cubaan mengatur perlawanan dan menghadapi dua pertuduhan cuba memberikan insentif kewangan kepada pemain Bountee Esports untuk tewas dengan sengaja dalam perlawanan MPL MY musim 13.
Susulan itu, Dominus tidak boleh mengambil bahagian dalam mana-mana kejohanan yang dianjurkan Moonton Games bermula 19 April 2024 sehingga 18 April 2025.