Dengar Suria

Sukan

Cita-cita mara ke final tidak kesampaian, Tang Jie-Ee Wei tewas kepada beregu Perancis

HARAPAN beregu campuran, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei untuk mara ke final dalam Terbuka India musnah selepas mereka tumbang kepada pasangan Perancis, Thom Gicquel-Delphine Delrue pada Sabtu.

Pemain nombor tiga dunia Tang Jie-Ee Wei mengalami kekalahan mengecewakan 17-21, 15-21 kepada pemain nombor 12 dunia Gicquel-Delrue di New Delhi.

Beregu Malaysia telah menewaskan beregu Perancis itu tiga kali dalam empat pertemuan terakhir mereka tetapi kedua-duanya tidak berhasil untuk meraih kemenangan dalam masa 42 minit.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%