SELEPAS menerima ugutan akan menerima nasib seperti Faisal Halim oleh individu tidak dikenali, ramai penyokong mula bimbang akan keselamatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Selangor, Dr Johan Kamal Hamidon.
Memetik laporan The Star, seorang pegawai telah menyampaikan maklumat kepada Johan yang dia bakal menjadi mangsa seterusnya selepas pergi melawat Faisal di hospital selepas pemain itu menjadi mangsa simbah asid di pusat beli-belah di Damansara, Selangor.
Kebimbangan penyokong semakin bertambah apabila beliau dilihat berada di sidang media kejohanan antarabangsa RCTI Premium Sports bersama Sabah FC dan dua wakil tuan rumah iaitu Persija Jakarta serta PSIS Semarang pada Khamis.