PENYERANG Nottingham Forest, Taiwo Awoniyi kini diletakkan dalam keadaan koma selepas selesai menjalani pembedahan ekoran kecederaan abdomen serius dialami ketika perlawanan, menurut laporan media Inggeris.
Pemain antarabangsa Nigeria berusia 27 tahun itu berlanggar dengan tiang gol pada minit ke-88 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Leicester City di City Ground pada Ahad lalu ketika cuba menyambut hantaran silang dari Anthony Elanga.
Awoniyi, yang menyertai Forest dari Union Berlin pada Jun 2022, masuk sebagai pemain gantian menggantikan Ibrahim Sangare ketika lewat perlawanan dan hanya bermain selama lima minit sebelum kejadian itu.