HARIMAU Muda sah diundi dalam Kumpulan D bersama-sama Uzbekistan, Kuwait dan Vietnam untuk kejohanan Piala Asia B-23 yang akan berlangsung tahun depan di Qatar.
Pertemuan menentang Vietnam pastinya menjadi ujian besar buat pengendali baharu, Juan Torres Garrido yang dilantik oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bagi menggantikan E. Elavarasan yang kembali ke pangkuan barisan kejurulatihan Kim Pan-gon.
Dalam empat aksi terakhir menentang Vietnam, Harimau Muda yang sebelum ini dikendalikan oleh Brad Maloney dan Elavarasan tewas kesemua perlawanan.