TIGA penyerang tempatan, Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Syahmi Zamri menjadi taruhan Terengganu FC (TFC) untuk merobek kubu Shan United FC.
Skuad kendalian Badrul Afzan Razali itu akan berdepan wakil kelab Myanmar dalam aksi ketiga Kumpulan A Piala Shopee di Stadium Bola Sepak Thuwunna, Yangon, Myanmar pada Rabu.
Pengendalinya, Badrul Afzan yakin pemain-pemain skuad Sang Penyu sudah bersedia menampilkan aksi terbaik masing-masing bagi memberi saingan kepada Shan’s Warriors.