MUSIM ini nyata mencabar buat pertahanan kiri Liverpool iaitu Andy Robertson apabila dia berdepan kesukaran untuk mengekalkan prestasi cemerlangnya.
Beberapa kesilapan yang dilakukannya menyebabkan The Reds berdepan kesukaran. Malah, ada juga kerananya, Liverpool keciciran mata dalam misi merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris (EPL).
Kritikan penyokong terhadapnya jelas pedas, malah ada yang mahu dia pergi. Namun baru semusim berprestasi ‘hauk’, Robertson masih wajar diberikan peluang untuk kekal di Anfield musim depan.