KONTROVERSI Kuala Lumpur City Extension (KLCE) meletakkan pemain senior seperti Paulo Josue, Jovan Motika dan Giancarlo Gallifuoco ketika bertemu Selangor FC II menimbulkan reaksi pelbagai penyokong bola sepak.
Ada yang mengecam, namun begitu tidak kurang juga memandang ia sebagai satu tindakan tepat dilakukan oleh KLCE untuk memberikan saingan kompetitif buat calon juara Piala MFL itu.
Tindakan kelab-kelab Liga Super meletakkan pemain senior atau import dalam skuad Piala MFL menunjukkan betapa pentingnya kejohanan tersebut.