PENGENDALI Liverpool, Jurgen Klopp mengakui pasukannya bernasib baik untuk tidak beraksi dengan sembilan pemain ketika perlawanan bertemua Newcastle United.
Dalam perlawanan sengit melibatkan kedua-dua pasukan di St. James’ Park, The Reds berjaya mencipta kebangkitan apabila menewaskan The Magpies dengan jaringan 1-2.
Tempoh 30 minit pertama perlawanan sememangnya sukar untuk Liverpool apabila mereka kerap kali diasak oleh tuan rumah. Hasilnya, Anthony Gordon berjaya menembusi pintu gol The Reds pada minit ke-25.