DALAM bola sepak, perpindahan pemain dari satu kelab ke kelab yang lain merupakan perkara biasa. Setiap musim, pasti akan ada pemain yang berpindah ke mana-mana pasukan baik dalam liga yang sama atau sebaliknya.
Begitu juga di Malaysia. Saban musim, kita akan saksikan satu-satu pemain akan berpindah dari pasukan A ke pasukan B. Ada juga pemain yang dipinjamkan, malah terdapat yang hilang daripada radar selepas kontrak ditamatkan.
Musim ini, kita dapat saksikan pasukan Utara, Kedah Darul Aman (KDA) FC melakukan beberapa perpindahan pemain dengan mendapatkannya daripada seteru mereka dalam Liga Super.