Dengar Suria

Sukan

Bukan mengejek, gaya ‘siuu’ penghormatan Hojlund buat Ronaldo

PENYERANG Denmark, Rasmus Hojlund menegaskan bahawa dia tidak berniat untuk mengejek Cristiano Ronaldo selepas melakukan sambutan ikonik bintang Portugal itu, ‘Siu’, ketika meraikan gol kemenangan Denmark dalam aksi suku akhir Liga Negara-Negara UEFA pada Jumaat.

Tonggak Manchester United itu masuk sebagai pemain gantian dan menjaringkan gol pada minit ke-78, memastikan kemenangan 1-0 Denmark ke atas Portugal dalam perlawanan pertama suku akhir di Copenhagen.

Selepas menjaringkan gol, pemain berusia 22 tahun berkenaan berlari ke sudut padang dan melakukan gaya sambutan yang sinonim dengan Ronaldo, sementara legenda bola sepak Portugal itu menyaksikan dari jauh.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%