BEKAS pemain bola sepak kebangsaan Bawah-19 (B-19), Nazrin Nasir, merupakan antara mangsa dalam insiden letupan gas yang dahsyat di Putra Heights pada Selasa lalu.
Tragedi itu menyebabkan Nazrin mengalami kecederaan serta kehilangan tempat tinggal selepas rumahnya musnah dalam kebakaran tersebut.
Ketika ini, Nazrin berada di bawah pemantauan perubatan dan ditempatkan di pusat pemindahan sementara bersama keluarganya.