SETELAH beberapa bulan dikaitkan bakal memainkan peranan bersama Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe akhirnya disahkan sebagai Pengarah Teknikal skuad kebangsaan seperti yang diumumkan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Mohd Joehari Ayub.
Pengumuman itu dibuat ketika Majlis Hari Raya Aidilfitri badan induk bola sepak negara itu dengan mengatakan bekas pengendali Selangor FC tersebut bakal memikul peranan berkenaan dalam masa terdekat.
Pengalamannya yang sudah lama berkhidmat sebagai ketua jurulatih, termasuk bersama skuad kebangsaan selama empat tahun bermula 2018 dengan beberapa perubahan dapat disaksikan.