NAMA penjaga gol kebangsaan Filipina, Neil Ethridge mencuri tumpuan penyokong tanah air apabila dilaporkan berada dalam radar jaguh Liga Thailand 1, Buriram United.
Perkara tersebut dikongsikan oleh salah satu media Thailand, All Things Thai Football di laman X pada Jumaat.
“Khabar angin yang menarik. Buriram United bersedia untuk menandatangani penjaga gol Filipina, Neil Etheridge daripada Birmingham City FC,” tulisnya.