JOHOR Darul Ta’zim (JDT) terpaksa berhempas pulas untuk membawa bekalan selesa ke Stadium Sultan Ibrahim (SSI), Johor menjelang perlawanan kedua Piala FA menentang Kedah Darul Aman FC (KDA FC) pada 4 Ogos nanti.
Jaringan Ebenezer Assifuah (Kedah) di minit akhir perlawanan separuh akhir Piala FA membuatkan anak buah Hector Bidalgio terpaksa menggunakan keringat terakhir bagi meledak gol kedua untuk membawa bekalan selesa di SSI nanti.
Jaringan pemain kebangsaan, Romel Morales dalam masa tambahan memberikan kemenangan buat JDT dengan keputusan 2-1 pada Jumaat lalu (19 Julai).