KETUA pasukan Manchester United, Bruno Fernandes digesa untuk meninggalkan kelab itu untuk memburu lebih banyak trofi dan kejayaan ketika kelab berkenaan bergelut untuk mencapai kejayaan.
Bekas pemain Chelsea, Joe Cole berpendapat Fernandes mampu untuk menjulang lebih banyak trofi sekiranya membuat keputusan meninggalkan Old Trafford dan memilih kelab yang benar-benar terbaik.
Biarpun United melalui kempen yang sangat buruk musim ini, Fernandes masih mampu membuktikan kualitinya apabila meledak 16 gol dan mencipta 15 umpanan jaringan dalam semua kejohanan.