MASALAH kewangan melibatkan kelab Liga Super, Perak FC menjadi tumpuan selepas muncul dakwaan mengatakan situasi mereka semakin parah hingga memberi kesan buat semua staf.
Bukan saja pemain dan barisan kejurulatihan terkesan, malah staf tidak terlibat dengan skuad (non-playing staff) turut terkesan dengan dakwaan mereka perlu mengosongkan pejabat kelab di Ipoh, Perak akibat tunggakan sewa.
Dalam masa yang sama, Pengerusi Perak, Datuk Seri Azim Zabidi mendedahkan kantung kelab sudah ‘kering’ dan pelaburan RM30 juta semusim masih belum cukup.