AKHIRNYA persoalan mengenai kapten pasukan Harimau Muda terjawab selepas pemain Selangor FC, Mukhairi Ajmal dilantik untuk memakai lilitan ‘armband’ bagi saingan Piala Asia Bawah 23 Tahun (B23).
Menerusi perkongsian pemerhati sukan, Fadhirul Shuhaimi dalam laman X miliknya, Harith Haiqal dan Ubaidullah Shamsul diberi tanggungjawab untuk menggalas lilitan kapten.
“Mukhairi Ajmal bakal galas tanggungjawab selaku kapten Malaysia di kempen Piala Asia B23 Qatar 2024.