TIDAK boleh dinafikan bahawa Manchester United perlu melakukan rombakan terhadap pasukan kerana rata-rata daripada pemain tidak memenuhi kriteria pengurus, Ruben Amorim.
Namun, usaha itu masih sukar untuk dijalankan memandangkan kelab-kelab sekitar Eropah tidak dapat menampung permintaan gaji mereka selain perlu berfikir-fikir untuk menebus kontrak.
Bagaimanapun, Amorim tidak perlu terlalu runsing mengenai segelintir pemain yang boleh ditunjukkan jalan keluar pada musim panas akan datang kerana kontrak masing-masing akan tamat beberapa bulan sahaja lagi.