TERENGGANU FC (TFC) terpaksa berputih mata apabila gagal mara ke pusingan kalah mati Piala Shopee selepas tewas di tangan BG Pathum United dengan keputusan 3-4 di Stadium BG, Bangkok pada Rabu (6 Februari).
Berada di posisi kedua sebelum perlawanan berlangsung, kekalahan itu sekali gus melenyapkan impian anak-anak buah Badrul Afzan Razali untuk layak ke pusingan kalah mati selepas jatuh di kedudukan keempat dengan mengumpul tujuh mata.
Juara Kumpulan A, BG Pathum United mengumpul 11 mata dan naib juara PSM Makassar dari Indonesia pula meraih 10 mata masing-masing akan mara ke peringkat separuh akhir.