Dengar Suria

Sukan

Bersinar di Piala Mokhtar Dahari, JDT jadi destinasi 2 ‘ubi muda’ Selangor 

JOHOR Darul Ta’zim (JDT) sentiasa menjadi penanda aras buat pasukan Liga Malaysia (Liga M) dan bahkan juga menjadi rujukan terbaik buat kelab serantau khususnya dalam aspek untuk membangunkan kelab bola sepak yang sukses.

Mempunyai kepimpinan dan visi yang jelas, disusuli pembangunan serta pencarian bakat pemain, skuad Harimau Selatan kini menjadi satu-satunya pasukan tanah air yang merangkul `double quadruple’ dua musim berturut-turut.

Kejayaan manis itu diraih selepas pasukan di bawah pimpinan Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Ibrahim atau dikenali sebagai TMJ berhasil menyapu bersih Piala Sumbangsih, Piala FA, Piala Malaysia dan terakhir Piala Liga Super pada musim 2022 dan 2023.

Klik Di Sini Untuk Artikel Penuh

0%