PENYERANG muda negara, Luqman Hakim Shamsuddin berada dalam keadaan terbaik menjelang kempen Harimau Malaya Bawah 23 (B-23) tahun di Kejohanan Piala Asia B-23 tahun di Doha, Qatar.
Ketika pasukan B-23 Tahun Malaysia bersiap sedia untuk bertarung dalam aksi Kumpulan D menentang Uzbekistan, Vietnam dan Kuwait, Luqman Hakim tidak sabar untuk mendapatkan minit permainan bersama skuad terakhir ketua jurulatih, Juan Torres Garrido.
Pasukan Harimau Malaya B-23 itu akan menentang Uzbekistan pada Rabu diikuti pertembungan dengan Vietnam dua hari kemudian, dan perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Kuwait pada 23 April.