WALAUPUN bola sepak kita sedang teruja menyambut pelbagai pemain warisan ke dalam skuad kebangsaan, namun masih ada pemain muda yang sentiasa menarik perhatian dengan potensi besar ditampilkan mereka.
Salah seorangnya adalah pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Chia Ruo Han. Pemain skuad Piala MFL Harimau Selatan itu menarik perhatian ramai dengan persembahan memukaunya ketika bertemu Penang FC dalam kejohanan tersebut.
Melihat kepada persembahannya, ia membuatkan ramai beranggapan Ruo Han yang berasal dari Kedah mempunyai potensi tinggi untuk berjaya.