KETUA pasukan Kedah Darul Aman (KDA) FC, Manuel Ott menyifatkan keputusan seri 3-3 menentang Johor Darul Takzim (JDT) adalah sebagai perlawanan terbaik musim ini.
Walaupun seri namun persembahan berkualiti dan menghiburkan apabila Kedah dan JDT menjaringkan tiga gol masing-masing dalam saingan Liga Super di Stadium Darul Aman di Alor Setar pada Sabtu.
Ott gembira apabila Kedah menghalang Harimau Selatan daripada melakar kejuaraan liga ke-10 berturut-turut dan memberikan persembahan yang berbaloi kepada penyokong mereka.