NAMA Alhaji Kamara bukanlah popular seperti bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT) Luciano Figueroa dan Jorge Pereyra Diaz namun pemaini dari Sierra Leone itu masih terpahat sebagai salah seorang import yang pernah bermain untuk Harimau Selatan.
Kamara yang tiba ke bumi Johor pada tahun 2015 itu adalah untuk menghidupkan kembali jentera serangan pasukan Selatan tanah air berkenaan untuk saingan Liga Malaysia musim tersebut.
Penyerang yang tiba pada usia 21 tahun itu dipinjamkan daripada kelab Sweden, IFK Norrkoping dengan pilihan untuk dibeli oleh pasukan Harimau Selatan itu bagi melengkapkan baki saingan liga musim 2015.