BEKAS penjaga gol Jerman Benedikt Pliquett, yang memiliki beberapa kedai ‘seks’, didakwa mengendap dan merompak isterinya yang tinggal berasingan.
Susulan kejadian itu, dia kini berdepan dengan hukuman penjara.
Pliquett, 38, bermain sembilan tahun di kelab Jerman St Pauli selepas melalui barisan remaja di Hamburger SV dan kemudian bermain di Austria bersama Sturm Graz dan Sepanyol bersama Atletico Baleares.