DUNIA bola sepak hari ini pada Khamis kehilangan seorang lagi permata apabila jurulatih legenda, Azraai Khor Abdullah mengembuskan nafas terakhirnya selepas mengalami serangan strok.
Allahyarham yang berusia 71 tahun sememangnya meninggalkan begitu banyak legasi sepanjang kariernya, lebih-lebih lagi ketika mengangkat Kedah FA sebagai salah sebuah kelab terbaik tanah air.
Gelaran ‘double treble’ yang diraih pada 2007 sehingga 2008 sememangnya sukar disaingi sehingga Johor Darul Ta’zim (JDT) mengulangi rekod tersebut musim lalu.