PERJUMPAAN bekas tiga figura Sabah FC iaitu Rizal Ghazali, Baddrol Bakhtiar dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kelab, Ahmad Marzuki Nasir menimbulkan spekulasi dalam kelangan penyokong The Rhinos.
Tiga individu berkenaan dilihat sempat bertemu di sebuah restoran sekitar Sungai Petani, Kedah dengan pelbagai topik menarik sempat dikupas sepanjang tempoh pertemuan singkat berkenaan.
“Sahur bersama YB Baddrol dan Rizal, banyak cerita lucu, suka dan duka sepanjang tiga ke empat jam diluangkan bersama mereka. Jumpa di Sabah bulan depan,” tulisnya di Insta Story miliknya pada Jumaat.