BERITA Harimau Malaya bakal mendapatkan khidmat bintang naturalisasi dan tonggak warisan bukan hanya mendapat perhatian penyokong domestik, malah meraih liputan dari pengikut bola sepak di rantau Asia Tenggara.
Antara yang sudah memberikan respons berhubung perkara berkenaan adalah bekas naib presiden Persekutuan Vietnam (VFF), Duong Vu Lam dengan dia meminta Malaysia untuk berfikir dua kali untuk tidak mengambil risiko berhubung pemain naturalisasi.
Kenyataan berkenaan dibuat oleh Vu Lam ketika mengulas perbandingan kekuatan Vietnam dan Malaysia dalam Kelayakan Piala Asia 2027 susulan kedua-dua pasukan berada dalam Kumpulan F pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.