BEKAS Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Interim Perak FC, Bobie Farid Shamsudin untuk menarik diri daripada jawatannya pada Julai dibuat atas sebab kesukaran baginya memperbaiki sukan tersebut.
Tindakan itu juga dibuat atas sebab desakan tidak putus daripada penyokong skuad The Bos Gaurus (TBG) yang meminta perubahan terhadap nasib pasukan tersebut.
Meskipun Bobie bersama XOX Pro Sport Sdn Bhd sudah menghidupkan semula pasukan itu, rasa tidak pernah cukup daripada peminat setia kelab semestinya memberi tekanan buatnya.