PERLAWANAN tertunda melibatkan Perak FC dan Johor Darul Ta’zim sekali ditangguhkan akibat permukaan padang yang tidak baik susulan hujan lebat sejak petang Sabtu (5 Oktober).
Sebelum ini, perlawanan yang sepatutnya berlangsung pada 17 Ogos lalu ditunda pihak Malaysia Football League (MFL) akibat hujan lebat serta permukaan padang yang tidak memuaskan di Stadium Ipoh ketika itu.
Aksi yang sepatutnya dimainkan pada pukul 8:15 malam ditangguhkan selama 30 minit untuk melihat keadaan padang yang terkesan akibat hujan lebat sebelum ditunda ke hari lain.