SELANGOR FC masih belum berpuas hati dengan skuad depth mereka apabila dikhabarkan akan membawa masuk seorang lagi tonggak baharu iaitu Zach Clough bagi memperkuatkan jentera tengah mereka.
Walaupun tiada laporan rasmi daripada pihak pengurusan Gergasi Merah, kehadiran Clough ke Lembah Klang sudah mencari bualan dalam kalangan penyokong bola sepak Australia berikutan pemain berkenaan merupakan tonggak kelab gergasi Liga-A, Adelaide United.
“Pemain tengah, Adelaide United iaitu Zach Clough difahamkan sudah menandatangani kelab gergasi Liga Super Malaysia, Selangor FC,” kongsi pemerhati bola sepak Australia, Rob Cornthwaite di laman X.





