SATU masa dulu, Malaysia pernah digegarkan dengan satu nama yang dijangka boleh menyinar kerana berkelana di Amerika Syarikat. Nama tersebut adalah Wan Kuzain Wan Kamal.
Pemain tengah yang berasal daripada ibu bapa anak jati Malaysia itu pernah disebut-sebut akan menyertai skuad kebangsaan apabila tiba masanya.
Akan tetapi, semua hampa kerana Kuzain sebelum ini pernah dikatakan tidak memilih untuk mewakili Malaysia, sebaliknya dia mencuba untuk mendapatkan tempat dalam skuad Amerika Syarikat.