LANDSKAP bola sepak Asia Tenggara dilihat akan mengalami perubahan selepas salah sebuah negara Asia Selatan mahu menyertai Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF).
Salah sebuah negara Asia Selatan iaitu Bangladesh sedang mempertimbang untuk meninggalkan Persekutuan Bola Sepak Asia Selatan (SAFF) untuk menyertai AFF sebagai ahli ke-13 mereka.
Bangladesh dikatakan mahu mencari platform yang lebih kompetitif selari dengan aspirasi negara itu untuk maju dalam sukan tersebut.