ASSIFUAH atau Milos?
Itulah yang menjadi pendebatan dalam kalangan penyokong Kedah Darul Aman FC (KDA FC) selepas mereka merasakan penyerang baharu kelahiran Serbia, Milos Gordic masih mempunyai banyak kekurangan.
Manakala penjaring terbanyak Piala MFL, Ebenezer Assifuah kembali menyertai Sang Kenari sebagai slot import pemain terakhir untuk menjadi ‘backup’ buat Milos.