PEMAIN Sri Pahang FC, Sergio Aguero berada dalam motivasi terbaik menjelang perlawanan akhir Piala Malaysia selepas berjaya membantu kelabnya menewaskan Kedah Darul Aman FC 6-0 dalam aksi Liga Super pada Selasa.
Aguero yang menjaringkan dua gol dalam aksi itu menganggap ia adalah hadiah terbaik buat hari kelahirannya ke-31 yang jatuh pada Isnin lalu.
Dengan isu tunggakan gaji turut selesai, dia menganggap kem Sri Pahang berada pada tahap terbaik untuk bertemu Johor Darul Ta’zim (JDT).