PELUANG untuk pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman Hanapi berkelana ke luar negara sekali lagi terbuka apabila laporan mengatakan kelab Korea Selatan, Jeonbuk Hyundai Motors terbuka untuk menandatanganinya.
Khabar angin bertebaran di media sosial tersebut membuatkan ramai mendesak supaya pemain berusia 22 tahun berkenaan menyambar peluang yang jarang diterimanya itu.
Ini kerana gaya permainan yang lebih kompetitif di negara Asia Timur itu dapat menjadikannya bintang lebih bersinar meskipun dia kerap beraksi di pentas Liga Juara-Juara AFC (ACL) Elite sejak bertahun-tahun lalu.