KELAB Sarawak, Kuching City FC bersedia untuk berdepan cabaran sukar yang akan diberikan oleh Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam pertemuan Liga Super mereka pada Jumaat.
Mereka yang merupakan pasukan sering melakukan kejutan dalam Liga Super musim ini bakal berdepan cabaran paling sukar kerana JDT sukar untuk ditewaskan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri.
Menurut penyerangnya, Tchetche Kipre, dia menyedari rata-rata pihak lawan bertemu JDT pasti akan bermain secara bertahan.