PRESTASI penyerang sayap import Selangor FC, Alvin Fortes masih belum memuaskan hati sesetengah pihak sehingga ada penyokong membuat andaian bahawa pemain berkenaan berasa terlalu terbeban dengan posisinya setakat ini.
Fortes yang beraksi sebagai pemain sayap kanan dan memainkan peranan untuk menjadi perancang serangan pasukan masih belum membuktikan kualitinya dari segi statistik perlawanan.
Dalam empat perlawanan termasuk satu aksi Piala FA pemain berusia 30 tahun itu diturunkan, Fortes hanya mencetak dua gol dalam kemenangan 4-0 ke atas Negeri Sembilan FC bagi pusingan 16 Piala FA.