KAKITANGAN dan pemain Al-Nassr membuat kejutan apabila meraikan pencapaian Cristiano Ronaldo dengan menghadiahkannya sebiji kek yang memaparkan bintang itu dalam jersi Portugal.
Kek tersebut mempunyai tulisan ‘203 international caps, 127 gol’ dan ’40 gol pada 2023′ ditulis di bahagian bawah.
Video kejutan tersebut dimuat naik di laman X rasmi Al-Nassr.