AHLI Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman secara terbuka memohon maaf atas isu berkaitan Kejohanan Triathlon Antarabangsa Desaru 113 di Desaru, Johor pada 7 Julai lalu.
Saddiq menerima kecaman hebat daripada warga maya selepas dia dikatakan ‘main tipu’ hingga berjaya menamatkan saingan di kedudukan podium.
Namun begitu, dalam siaran di laman media sosialnya, Saddiq secara terbuka memohon maaf atas perkara tersebut.