JAGUH Muay Thai negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar mendedahkan dia hanya menerima bayaran RM50 ketika kali pertama bertanding.
Johan atau Jojo, 19, memaklumkan dia juga tidak pernah menerima apa-apa bayaran selepas menyertai berpuluh-puluh kali pertandingan.
“Dulu aku lawan kepala koyak sana sini duit tak pernah masuk tapi aku percaya yang satu hari akan datang aku boleh buat duit.