SELEPAS usaha mendapatkan pemain pertahanan Sri Pahang FC, Azwan Aripin menemui jalan buntu, DPMM FC kini mengalihkan tumpuan mereka kepada bintang Terengganu FC (TFC) iaitu Akhyar Rashid.
Azwan yang pada awalnya diburu oleh kelab berpangkalan di Brunei itu bagi memperkukuh pasukan khususnya di posisi bek kiri gagal dibawa masuk selepas difahamkan perjanjian tersebut sudah dibatalkan.
Difahamkan, DPMM FC yang merupakan kelab jemputan Liga Super untuk musim 2025/2026 tersebut sedang giat memperkuatkan barisan pemain mereka menjelang jendela perpindahan nanti.