TANPA membuat penampilan dalam sebarang perlawanan musim ini, pemain sayap Terengganu FC (TFC) iaitu Hakimi Abdullah difahamkan bakal meninggalkan skuad Sang Penyu pada jendela perpindahan kedua nanti.
Walaupun kenyataan rasmi tidak dikeluarkan lagi oleh pasukan Terengganu namun pemain sayap kiri berkenaan sudah memuat naik ucapan selamat tinggal kepada penyokong dan rakan sepasukannya.
Ucapan selamat tinggal yang bertulis ‘untuk yang terakhir dalam skuad, selamat tinggal TFC ada rezeki jumpa lagi’, itu dimuat naik oleh Hakimi menerusi Insta Story miliknya pada Rabu.