PEMAIN Johor Darul Ta’zim (JDT), Arif Aiman diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2023 (ABK23).
Bintang Harimau Malaya itu mencipta sensasi apabila berjaya merangkul gelaran tersebut untuk tiga musim berturut-turut sekali gus menguatkan namanya sebagai pemain handalan negara.
Selain daripada anugerah MVP, Arif turut membolot anugerah-anugerah lain seperti Anugerah Penyerang Terbaik, Pemain Muda Terbaik serta berkongsi Anugerah Kasut Emas Liga Super (tempatan) bersama-sama Faisal Halim dari Selangor FC.