SERAMAI 128 pemain dari seluruh Pahang memeriahkan pusingan kedua Sirkit Golf Piala Sultan Pahang 2025 di Villea Rompin Resort & Golf (VRRG), kejohanan golf diraja yang dinanti-nantikan sempena sambutan ulang tahun ke-66 Kebawah Duli Yang Maha Mulia Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Menariknya pada pusingan kali ini, Al-Sultan Abdullah turut berkenan mencemar duli menyempurnakan majlis penyampaian hadiah, sekali gus menyerikan lagi acara ini dengan penuh istiadat dan penghormatan.
Pusingan kedua yang berlangsung pada 29 Jun lalu itu menyaksikan penyertaan pemain berusia antara 17 hingga 75 tahun selain berlangsung suasana pertandingan yang sihat dan penuh semangat, berlatarbelakangkan keindahan semula jadi kawasan Rompin.






