Dengar Suria

Sukan

Perlukan mesin cetak gol? TFC-Sabah-Penang boleh sambar ‘top scorer’ Liga Indonesia

DENGAN musim Liga Super sudah berakhir, masanya sudah tiba untuk kelab-kelab melakukan persiapan musim depan. Terdapat beberapa kelab yang musim ini mengalami masalah dengan penyerang mereka.

Mungkin, mereka boleh menumpukan tumpuan ke Indonesia dengan mendapatkan penyerang Dewa United, Alex Martins yang mengetuai senarai penjaring terbanyak Liga 1 dengan 26 gol.

Alex jauh meninggalkan pencabar terdekat iaitu Tyronne Ramos (Persib Bandung) dengan 16 gol. Oleh itu, wajar untuk beberapa kelab Liga Super cuba menyambarnya bagi musim depan.

BACA LAGI: Status bersama JDT masih samar, yang pasti Jordi Amat nafi khabar angin ke Indonesia

BACA LAGI: Keadaan Faisal belum sesuai ke Indonesia, Alex nasihat kekal dulu di Selangor

Terengganu FC

Satu destinasi sesuai yang boleh dituju oleh Alex pada musim depan adalah dengan menyertai Terengganu FC.

Dengan penyokong jelas kecewa dengan persembahan penyerang seperti Ismaheel Akinade, Nelson Bonilla dan pemergian Ivan Mamut yang menjadi tanda tanya, mungkin Alex boleh menyelesaikan masalah tersebut.

Akinade sering menerima kritikan oleh penyokong Terengganu. — Terengganu FC

Namun begitu, mungkin timbul skeptikal dalam kalangan penyokong skuad Penyu mengenai kualiti Alex kerana tanggapan Liga 1 tidak sebagus Liga Super.

Lihat saja sewaktu David da Silva mewakili Terengganu dan flop namun cemerlang ketika di Indonesia selepas itu. Mungkin jika ke Terengganu, Alex akan diberi tekanan oleh penyokong untuk tidak menjadi seperti Da Silva.

Penang FC

Destinasi seterusnya yang mungkin membolehkan Alex akan beraks di Malaysia pada musim depan adalah menyertai Penang FC.

Musim ini, Penang berdepan masalah penyerang berkualiti apabila rekrut awal musim iaitu Rodrigo Dias tidak menepati standard yang diharapkan.

Rodrigo Dias signing his deal with Penang. - Photo by Penang FC

Dias tidak begitu menyerlah bersama Penang. — Penang FC

Rekrut pertengahan musim, Dylan Wenzel-Halls menampilkan persembahan lebih baik dan mungkin pengurusan Penang boleh mendapatkan Alex dan digandingkan dengan penyerang Australia itu.

Jika digandingkan serta mendapatkan sentuhan berkualiti oleh Wan Rohaimi, mungkin Harimau Kumbang akan mempunyai pasangan serangan hebat musim depan.

Sabah FC

Jika bukan ke Pantai Timur atau Utara, Alex mungkin boleh terbang ke Borneo dengan Sabah FC menanti untuk membolehkan dia mewakili mereka.

Dengan berjaya menamatkan saingan liga di tempat ketiga, Sabah pastinya memerlukan penyerang berkualiti bagi menguatkan skuad dengan potensi beraksi di kejohanan Asia Tenggara menanti mereka.

Pedro tinggalkan Sabah pada pertengahan musim.

Selepas pemergian Joao Pedro, Sabah dilihat tumpul di bahagian serangan. Oleh itu, Alex dilihat sebagai pengganti berkualiti untuk membuatkan Sabah kembali mengganas.

Jika Sabah benar-benar mahukannya, mereka perlu bertindak pantas sebelum Alex disambar kelab lain. — Majoriti

Boleh follow media sosial Majoriti di TwitterFacebook, InstagramWhatsApp Channel dan Telegram

0%