Dengar Suria

Hiburan

Perjuangan Ashmirul dan Qarl G terhenti, gagal mara minggu ketiga ‘Big Stage Alpha’

IMPIAN Ashmirul dan Qarl G melangkah ke minggu seterusnya terkubur apabila diumumkan sebagai peserta tersingkir pada minggu kedua Big Stage Alpha yang berlangsung pada malam Ahad.

Pada minggu kedua itu, Ashmirul membawakan lagu Bunga Hati nyanyian asal Salma Salsabil.

Manakala Qarl G pula mendendangkan lagu Seribu Tahun Lagi nyanyian Imran Ajmain.

Que mendapat Anugerah Ikon Perfume Paradise.

Que mendapat Anugerah Ikon Perfume Paradise.

Penyingkiran dua peserta itu sekali gus melayakkan sepuluh peserta lain untuk ke minggu seterusnya iaitu Daniel Sher, Allan , Ray D, Araff, Que, Awienit, Afiq, Rizal, Izat, dan Ariefesol.

Sementara itu, Daniel Sher masih mengekalkan kedudukan tempat pertama dan Que pula mendapat Anugerah Ikon Perfume Paradise untuk minggu pertama.

Minggu kedua ini menyaksikan 12 peserta membuat persembahan secara berkumpulan dan juga solo berdasarkan tema diberi.

ARTIKEL BERKAITAN:6 peserta ‘Big Stage Alpha’ balik awal, gagal mara pusingan ‘The Big 12’

ARTIKEL BERKAITAN:‘Big Stage’ buat kelainan, tampil semua peserta lelaki

Peserta dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu Alpha Ultra dan Alpha Prime.

Alpha Ultra dianggotai oleh Dani, Allan , Ray D, Araff, Que dan Awienit.

Manakala Alpha Prime dianggotai oleh Ashmirul, Afiq, Rizal, Izat, Qarl G dan Ariefesol.

Program hiburan Big Stage buat julung kali menampilkan format all-male spin-off bagi memberi saingan buat 18 bintang lelaki merebut peluang menjadi kumpulan lelaki pertama naungan Astro.

Alpha Prime dianggotai oleh Ashmirul, Afiq, Rizal, Izat, Qarl G dan Ariefesol.

Alpha Prime dianggotai oleh Ashmirul, Afiq, Rizal, Izat, Qarl G dan Ariefesol.

Markah akan diberikan juri tetap namun undian peminat akan menentukan siapa yang layak ke peringkat akhir.

Selain Syafinaz, Big Stage Alpha turut menampilkan penyanyi Hael Hussaini dan Edry Abdul Halim sebagai juri tetap.

Manakala penyanyi Akim Ahmad menjadi juri jemputan untuk persembahan minggu kedua.

Dihoskan oleh pengacara Elly Mazlein, Big Stage Alpha boleh ditonton secara langsung di Astro Ria (saluran 104) pada setiap Ahad, pukul 9 malam.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%