Dengar Suria

Hiburan

Nama kembali disebut sebagai ‘penyondol’, Alya Iman tak mahu lagi kenang masa lalu

NAMA pelakon Alya Iman kembali menjadi sebutan netizen selepas dikaitkan antara selebriti yang terlibat menjalinkan hubungan dengan suami orang.

Menyedari perkara itu, Alya atau Alya Ziman Azmil, 24, memberitahudia tidak membaca komen netizen di media sosial dan enggan mengenang perkara yang sudah berlalu.

“Kalau orang nak melibatkan nama saya, ia adalah di luar kawalan saya. Perkara yang sudah berlalu, dah pun berlalu.

“Saya tak nak komen apa-apa pun sebab sejujurnya saya tidak baca pun. Saya tak baca komen negatif malah setiap komen di media sosial saya pun kadang kala saya tak baca semua komen ditulis.

Alya enggan memperkatakan tentang perkara sudah berlalu.

“Bagi saya perkara ini tidak penting dan ia tidak memberi kesan kepada saya,” katanya kepada mStar.

Alya berkongsi perkara itu ketika ditemui di majlis pelancaran drama Pabila Dia Tersenyum yang diadakan di Sunway Pyramid, Selangor pada Selasa.

Sebelum ini, netizen mengaitkan beberapa nama selebriti yang didakwa menjadi perampas suami orang dan antara yang menjadi sebutan adalah Alya.

Perkongsian itu dibuat di laman Threads berhubung kisah rumah tangga seorang pempengaruh media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN:Badan semakin berisi, makanan buat Alya Iman gembira

ARTIKEL BERKAITAN:Selepas kejayaan ‘Bidaah’, ‘Pabila Dia Tersenyum’ pula dijangka cetus fenomena

Ditanya sama ada terdapat individu cuba menjatuhkan dirinya sewaktu sedang menempa nama dalam industri hiburan, Alya memberitahu dia percaya setiap rezeki itu ditentukan oleh Allah SWT.

“Saya tidak tahu dan saya tak rasa pun ada pihak yang mahu menjatuhkan saya.

“Bagi saya rezeki itu di tangan Allah. Saya hanya buat yang terbaik dan kerja saya. Rezeki itu tetap akan ada walau macam mana orang nak menjatuhkan kita,” ujarnya.

Pada tahun 2020, Alya dituduh menjalinkan hubungan sulit dengan ahli perniagaan berstatus suami orang.

Kalau orang nak melibatkan nama saya, ia adalah di luar kawalan saya.

ALYA IMAN

PELAKON

Perkara itu dibongkar oleh isteri ahli perniagaan berkenaan menerusi Instagram mendakwa suaminya berhubungan dengan pelakon baharu iaitu Alya.

Wanita tersebut mendakwa sudah setahun suaminya menjalin hubungan sulit dengan aktres drama Bukan Kahwin Paksa ini.

Mengakui dakwaan tersebut adalah benar, Alya berkata dia dan individu berkenaan sudah mengikat tali pertunangan namun memutuskan hubungan tersebut pada Mac 2020.

Dalam perkembangan lain, Alya membintangi drama berjudul Pabila Dia Tersenyum yang kini sedang disiarkan di platform penstriman OTT Viu.

Drama arahan Feroz Kader ini mengisahkan tentang seorang wanita muda iaitu Elina lakonan Alya yang mempunyai impian besar namun dibesarkan di sebuah ladang kelapa sawit.

Alya tidak membaca komen yang ditinggalkan netizen di media sosial.

Elina mempunyai ayah yang pekak dan bisu manakala ibunya pula melarikan diri ke Kuala Lumpur bersama seorang lelaki.

Lebih malang hidup Elina apabila bapanya dibunuh malah ketika dalam pencarian ibunya di Kuala Lumpur sehingga dia terlibat dalam dunia gelap pelacuran.

Takdir menemukan Elina dengan Zuhayr (Amir)dan bermulalah perjalanan penuh cinta dan gelora namun kemunculan Daniel (Adam) yang ingin bersaing merumitkan hubungan mereka.

Selain Alya, Pabila Dia Tersenyum turut dibintangi barisan pelakon popular termasuk Amir Ahnad, Adam Lee, Marissa Yasmin, Iqram Dinzly, Zarynn Min, Nazrief Nazri, Rusdi Ramli dan Jay Iswazir.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

TONTON VIDEO PILIHAN!

0%